Wednesday, November 10, 2010
CEBISAN KENANGAN...
Ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga ,
meskipun kini kita terpisah demi kasihnya,
namun cebisan kenangan kita sentiasa bermain di bayangan mata,
detik waktu yang berlalu menjadi memori kau dan aku...
Sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu,
tanpa mengenal erti penat jemu ingatkah kau lagi,
kita bersama memijak onak duri,
di tanah gersang mengutip semangat suci,
kini segalanya tersurat dalam sanubari...
bersabarlah degan ketentuannya,
ada rahmat yang tersembunyi,
bertemu berpisah kerana ALLAH,
lumrah kehidupan insan beriman,
moga saat nan indah ku harap berulang lagi.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment