Wednesday, November 10, 2010

CEBISAN KENANGAN...








Ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga ,
meskipun kini kita terpisah demi kasihnya,
namun cebisan kenangan kita sentiasa bermain di bayangan mata,
detik waktu yang berlalu menjadi memori kau dan aku...

Sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu,
tanpa mengenal erti penat jemu ingatkah kau lagi,
kita bersama memijak onak duri,
di tanah gersang mengutip semangat suci,
kini segalanya tersurat dalam sanubari...

bersabarlah degan ketentuannya,
ada rahmat yang tersembunyi,
bertemu berpisah kerana ALLAH,
lumrah kehidupan insan beriman,
moga saat nan indah ku harap berulang lagi.....

Tuesday, October 19, 2010

Hikmah Berterus Terang...

http://stat.kompasiana.com/files/2010/09/3191261498_8d3d25433d.jpg




Berterus terang hati jadi tenang..Allah sayang..insan juga sayang malah makhluk bumi semua sayang
doa mudah makbul...tiada sakit hati..
diri pasti merasai nikmat hikmah berusrah..
dalam usrah..berterus terang amat penting..
agar diri tidak keliru..
sahabat pasti sayang..
ya ALLAH cinta nya kita bila berterus terang..
suami isteri..
ibubapa..

Thursday, October 14, 2010

Teman Ukhwah..

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSyBJoFQQjOFLETosLXxmqLiket9UDhuZ-Al1t11QZhj0Gxj4U&t=1&usg=__8ShRNHZ1DpqxAxIaRXiX6S3lB-4=



Saudara serta saudariku yang diredhai Allah....
Hidup kita ibarat sampan yang berlayar di lautan duniawi,berlayarnya sampan perlulah dengan iman yang kuat,kerana tidak berlayar sampan itu tanpa iman yang menjadi pendayung,berlayarnya sampan itu mestilah dengan isinya ilmu,kerana tanpa ilmu tiada wujudnya iman itu,tanpa ilmu juga tidak termaktublah amal...
Saudaraku,saudariku...
tiap pelayaran itu pasti ada permulaannya,perhentiannya dan pasti ada penamatnya..sedarkah teman ukhwahku bahawa kini kita sedang berhenti di perhentian yang rumit,andai tidak pandai membawa diri maka tenggelamlah kamu di dalam lautan keasyikan.Twis..Twis...
http://i260.photobucket.com/albums/ii2/staryouth/1_787013504l-1.jpg

Saudaraku..
Seharusnya tidak ada yang harus kita impikan dalam hidup selain meraih cinta dan kasih sayang Allah. Tampaknya, terlalu rendah bila kita sekadar memimpikan kekayaan, jabatan, popularitas, dan aksesoris duniawi lainnya. Tidak bererti semua itu tanpa mendapatkan cinta dan kasih sayang Allah. Dunia hanya sementara, dan kalau tidak hati-hati ia akan menjerumuskan kita ke lembah hina.
Hakikatnya, semua yang ada mutlak milik Allah. Maka, alangkah bahagianya bila kita dicintai oleh Dzat yang pemilik semua ini. Tidak ada lagi yang harus kita takutkan seandainya Allah sudah mencintai kita. Namun, betapa nestapanya hidup bila kita jauh dari Allah, atau na’udzubillah bila sampai dibenci Allah.
Pertanyaannya, bagaimana cara kita meraih cinta Allah? Jawapannnya sederhana, paksakan dirimu untuk selalu melaksanakan amalan-amalan yang disenangi Allah dan rasul-Nya.
Kalau Anda seorang pelajar / mahasiswa, jadilah mahasiswa yang tawadhu, menjaga wudhu, rajin berpuasa isnin dan khamis serta peliharalah akhlakmu laksana bunga yang sedang subur mekar.
Kalau Anda seorang pekerja (pejabat,nelayan,petani,,dan selainnya), jadilah pekerja yang tidak melalaikan solat 5 waktu..
Kalau Anda seorang pengusaha / pedagang, jadilah pedagang yang jujur.
Kalau Anda seorang pemuda, jadilah pemuda yang bertakwa. Jangan pandang yang bukan mahram. Jaga mata hati dengan menjaga mata kepala (tundukkan pandangan).
Kalau Anda seorang wanita, jadilah wanita yang selalu menjaga kehormatan dan harga diri. Tutuplah auratmu dengan sempurna. Jangan dedahkan auratmu, ingatlah saudariku.
Kalau Anda seorang ayah / guru, berilah teladan yang baik. Bimbinglah keluargamu untuk selalu membaca al quran,selalu berjemaah di masjid,selalu menghormati insan yang lebih tua dan lain 2 lagi.
Kalau Anda seorang yang diamanahi kekayaan berlimpah, jadilah orang kaya yang dermawan dan bersyukur.
Kalau Anda belum lagi saatnya diamanahi kekayaan, bersabarlah. Jagalah sholat 5 waktu dan sholat dhuha, berbaktilah kepada orang tua, jagalah hubungan silaturahim.
Memang tidak mudah melaksanakan semua amalan tersebut. Perlu niat yang kuat,ilmu yang bermanafaat, tekad iltizam.,dan yang lebih penting istiqomah dalam beramal.Namun, itulah kewajipan kita sebagai seorang Muslim..
Selamat menjalankan peranan masin-masing Saudaraku..
(Tentunya selain amalan di atas tentunya amalan wajib yang menjadi tuntutan di dalam islam, Cuma suatu amal ibadah pasti mempunya fadhilah dan keistimewaan yang berbeza-beza)..
Allah berfirman di dalam al quran: setiap perkara baik yang dilakukan walau sebesar zahrah,di akhirat kelak akan dibalas dengan ganjaran pahala,dan setiap perkara yang tidak baik itu walau sebesar zahrah,di akhirat kelak akan di balas dengan ganjaran yang setimpal dengan amal yang di buat...Twis..Twis..

Syurga..Adakah syurga itu milikku...Ya Allah...

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTizPU-r8VUj1Lbx7C8lyKH5rtPSP-A5ZOhnDDnwjrKeLfz00w&t=1&usg=__-5UNO62tDaNfXT_dmXTYUNioPX8=
Wahai muslimah! Wahai mukminah! Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik.” Wahai wanita yang tidak memperlihatkan perhiasannya kerana Allah sedang dia difitrahkan suka kepada perhiasan, dengarlah sabda Rasulullah saw berkenaan sifat wanita-wanita dunia di dalam syurga kelak. Sabda baginda saw yang bermaksud: “Dengan sembahyang, puasa dan ibadat mereka kepada Allah swt, Allah menghamparkan cahaya di atas muka mereka dan memakaikan sutera berwarna putih, pakaian berwarna hijau dan perhiasan berwarna kuning di atas badan mereka. Dapur mereka adalah mutiara dan sikat mereka adalah emas. Mereka berkata: “Kami kekal abadi dan tidak akan mati. Kami penuh kelembutan, sama sekali tidak menyusahkan. Kami akan terus muda, tidak tua selama-lamanya. Ketahuilah bahawa kami sentiasa reda, tidak marah sama sekali. Bergembiralah bagi sesiapa yang memiliki kami dan kami memiliki mereka.” (Riwayat al-Tirmizi)..Twis..Twis....

Friday, October 8, 2010

Wanita..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEit2iDQ8EuPbvtg6pAv7OIoWjtadQZ61k50Uke1RcopYEWupJ0Rl450MBYJMYm7bMIsM2eJjQl9U_s-kuufGnNT6blBYAMJDg9pUWWmcewy-6KCVuwco2q1846_6_XFh_FzsX0tqbnIejmW/s1600/muslimah_v02_by_yip87.jpg

Wanita Aurat dan Maruah...

Jika anda berada di hadapan Baginda SAW, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya?
Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat syafaat  Nabi SAW di akhirat kelak?

Wanita dan Munakahat...

Tiada salahnya 'Perigi mencari timba'. Ada wanita yang berkenan pada lelaki yang baik namun menghadapi
masalah unyuk memulakan langkah.

Wanita dan Rumah Tangga...

Cemburu itu satu tuntutan.Fahami dan sedarilah bahawa anda sebenarnya memiliki seorang suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya..

Tuesday, October 5, 2010

Beribadahlah dengan IKHLAS..

http://roseislam18.files.wordpress.com/2010/01/kata-hikmah-512.jpg


Allah berkata. "Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan beribadah secara ikhlas kepada Allah dan berpegang teguh kepada Allah."
~ Surah Al-Bayyinah, ayat 5 ~

Allah berkata, "Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala amal sedekah kamu dengan perbuatan mengungkit-ungkit dan berkelakuan yang menyakiti, seperti rosaknya pahala sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riyak)."
~ Surah Al-Baqarah, ayat 264 ~

Allah berkata lagi, "Mereka hanya bertujuan menunjuk-nunjuk memperlihatkan sembahyangnya kepada manusia supaya disangka mereka orang yang beriman dan mereka pula tidak mengingati Allah dengan mengerjakan sembahyang melainkan sedikit sekali,"
~ Surah An-Nisak, ayat 142 ~

Abu Hurairah melaporkan, katanya, "Saya pernah mendengar Rasulullah berkata, "Allah yang Maha Mulia berkata, "Aku adalah Tuhan yang satu, tidak memerlukan sebarang sekutu. Sesiapa melakukan amalan untuk selain daripadaku, aku akan biarkan dia bersama sesuatu yang dia jadikan sekutuku itu."
RIWAYAT MUSLIM..

Monday, October 4, 2010

3 Rukun Usrah....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcHqQKbODS4o8UBykpH7KIS7iw3trdn7VlFse_6BfZzotFgZXebnXyV5Eu9n7wGeq9dFB3Hu20-WaDWEiPuKgxtHj_hyuXjaPYfphxfjT19K5yOVkMLHANucPr4eBjsDf_Iz7nQk7VJJA/s660/LOGO+final.jpg


Yang pertama adalah Ta'aruf...
Yang kedua ialah Tafahum...
Dan yang terakhir Takaful....

3 Rukun ini merupakan asas penting dalam membentuk sesebuah USRAH....

TA'ARUF atau dalam bahasa melayunya kenal atau suai kenal,tanpa mengenal seseorang individu seseorang itu
tidak boleh bersahabat,oleh itu Ta'aruf adalah aset penting dalam memulakan sebuah ikatan ukhwah...

TAFAHUM atau memahami,dalam sebuah hubungan kekeluargaan memahami merupakan aset yang perlu dititikberatkan selalu,kerana tanpa memahami sesebuah keluarga itu boleh hancur dalam sekelip mata,begitulah juga  sahabat,oleh itu sentiasalah memahami diri masing 2 serta orang sekeliling.

TAKAFUL adalah perkara terakhir yang menyempurnakan USRAH,takaful atau lebih dikenali dengan kebersamaan,tanpa kebersamaan sesebuah institusi itu tidak boleh bangun dan maju kehadapan,kita dapat lihat dengan lebih jelas konsep takaful ini pada para sahabat..bayangkan
bagaimana 4 khalifah islam yang bersama rakyatnya berjuang untuk menyampaikan syiar islam di serata dunia...betapa hebatnya takaful mereka...masyaallah...

wahai saudara,wahai saudari...bentuklah usrah(keluarga),didiklah,bimbinglah,tunjukkan apa sebenarnya usrah dalam islam....fikirkan wahai pejuangku....TWIS..TWIS...TWIS....

Friday, October 1, 2010

SALAM PERJUANGAN ...

“Hidup ini adalah keyakinan dan perjuangan dan perjuangan mukmin yang sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya telah menginjak pintu surga.” (Imam Ahmad bin Hambal)


























Perjalanan hidup ini satu perjuangan yang berlandaskan  ISLAM...teratur hidup apabila kita tabah dalam setiap ujian yang tersiratnya Hikmah yang besar...Ya ALLAH...Subhanallah..walhamdulillah...walailahaillallah...Allah Huakbar...Agongnya....(Twis..Twis..)





Tersentuh hati dan naluri ini apabila impian ......ukhwah usrah berpanjangan...twis...

KEINDAHAN MAAF HADIR DARI KETULUSAN HATI...

[ukhwah2.jpg]





Firman Allah

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan menerjakan amal-amal yang saleh bahawa di Dia bersungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di Bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh  Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhainya untuk mereka, dan Dia benar-benar menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dlm ketakutan menjadi aman sentosa.

An Nur Ayat 55




"jika kejahatan di balas kejahatan itu adalah dendam. jika kebaikan di balas kebaikan itu adalah perkara biasa. jika kebaikan di balas kejahatan itu adalah zalim. tapi jika kejahatan di balas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji... "(Twis..Twis..)"

"kata-kata itu sebenarnya tak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa, tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan... "

" hidup tak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik yang berlandaskan kenyataan.."

" hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan "(hanieta wahab)

HADIAH TERBAIK:... ... ... .

kepada kawan... ... ... ..kesetiaan,

kepada musuh... ... ... ..kemaafan,

kepada ketua... ... ... ... khidmat,

kepada yang muda... ... contoh terbaik,

kepada yang tua... ... .hargai budi mereka dan kesetiaan

kepada pasangan... ... cinta dan ketaatan

kepada manusia... ... kebebasan

"kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yang mampu memenggal leher seorang lelaki... ."(A.L Alek Wong)

"sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman... ... ."





"Teman Ibadah Usrah...Apabila kemaafan itu disulami dengan keimanan yang tulus pasti hati menjadi cinta pada setiap makhluk dimuka bumi ini..Kasih sayang yang mantap serta tulusnya pada naluri indah itu..yakinlah Allah pasti akan merahmati...teman seperjuangan ...kematian satu kepastian..bila.. dimana...dan bagaimana...hanya Allah yang lebih tahu...cinta dan sayang...rindunya diri ini pada MU ya ALLAH...."TWIS..twis...(TanggungJawab Ingat Selalu)

Wanita...







Muslimahku,

Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.
Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.
Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!
Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

Wednesday, September 22, 2010

WANITA....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQBhIIih4qEKT4Gneq00lydl-lsREGPl-hlxHJdDt49YIAorX4qgvhvbzkK-nz3i6p3IyaIyIsxP9ocTfx2TkKj0VoRXyXIlEMW9qyh4K32-LnZjbu9PWN_0FJuU3aERT22JjK9F5Xh8fQ/s1600/wanita.jpg


CANTIKNYA WANITA ITU KERANA KEJERNIHAN WAJAHNYA, MANISNYA WANITA ITU KERANA KEINDAHAN  SENYUMANNYA, AYUNYA WANITA ITU KERANA KESEDARAN LAHIRIAHNYA, HEBATNYA WANITA ITU KERANA KESABARANNYA, MULIANYA WANITA ITU KERANA KETULUSAN HATINYA...

Kerana Azam....

http://kierinz.files.wordpress.com/2010/05/ut.jpg

Orang menempa kejayaan kerana mereka mempunyai satu Azam yang dinamakan MUJAHADAH untuk melawan segala sifat MAZMUMAH menggantikan dengan sifat MAHMUDAH.............

Jangfan kau kesali kesusahan titik bengik kehidupan kerana Hukama' ada mengatakan " Jangan kau mengeluh kerana tidak mempunyai kasut sebelum engkau melihat orang yang tidak mempunyai kaki.."

Nurul Qalbi...Cahaya Hati...Light Of Heart....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh08EeMjIzOrYifsn-CQqn47_pdANXiVpEBV-iIpOMB-jN4-nuFbnGIHOfYbhWrx0E0XZ2YHaz7JQ_QFHvfdH0i2ygKKgTOG2RBxOwRXC7sGfqb79AXqo1fbBhsY6PVA44LMBlraA6_lj0/s1600/ws.jpg